ROS Akan Di Gunakan Katak Politik Sebagai Syarat Bertanding PRU 15 Bawah Tiket UMNO?

ROS Akan Di Gunakan Katak Politik Sebagai Syarat Bertanding PRU 15 Bawah Tiket UMNO?

ROS Akan Di Gunakan Katak Politik Sebagai Syarat Bertanding PRU 15 Bawah Tiket UMNO?

PAU Khas UMNO 2022 sudah mengabsahkan pindaan perlembagaan UMNO berkenaan pemilihan parti.

Ianya melibatkan 3 fasal iaitu Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2.

Fasal pertama yang dipinda adalah Fasal 10.16 yang sekarang ini memperuntukkan bahawa:





  • Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
  • Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.

Fasal ini akan dipinda untuk memberi kuasa dan pilihan kepada MKT untuk membuat satu lagi bentuk penangguhan kepada pemilihan parti iaitu penangguhan selama 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan.

Dalam erti kata lain, peruntukkan Fasal 10.16 yang sedia ada akan dipinda menjadi Fasal 10.16.1 dan akan berbunyi seperti berikut:

  • Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
  • Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat), yang mana terkemudian.

Bagi menjelaskan bilah tarikh PRU yang dimaksudkan, maka dicadangkan juga satu fasal kecil baharu iaitu Fasal 10.16.2 yang akan memperuntukkan bahawa:

  • Tarikh Pilihan Raya Umum yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 ini bermaksud tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Parlimen yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.

Fasal Kedua yang dipinda ialah Fasal 15.3 yang sekarang ini memperuntukkan:

  • Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap- tiap tiga (3) tahun sekali.

Walau bagaimanapun Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan sepertimana diperuntukkan di Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2.





Fasal Ketiga yang dipinda ialah Fasal 18.2 yang sekarang ini memperuntukkan:

  • Ketua, Timbalan Ketua, dan lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan. Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

Walaubagaimanapun Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan sepertimana diperuntukkan di Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2.

Walau punĀ  ketiga-tiga pindaan itu sudah mendapat persetujuan dari perwakilan EGM UMNO 2022, namun ianya perlu mendapatkan kelulusan dari ROS sebelum ianya boleh diwartakan.

ROS sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang pindaan perlembagaan parti tetapi ROS masih boleh membatalkannya secara teknikal.

Sekiranya pihak ROS menangguhkan kelulusan pindaan perlembagaan parti, maka perlembagaan sebelum kelulusan ROS mesti diguna pakai.





Dalam artikata lain, UMNO mesti melakukan pemilihan parti secepat mungkin atau berhadapan kemungkinan dibatalkan pendaftaran kerana melanggar perlembagaan sendiri.

Kami mendapat maklumat, ruang inilah yang akan cuba digunakan oleh katak politik yang kini berada bersama PPBM untuk menekan kepimpinan UMNO supaya menerima mereka kembali dan memberi jaminan agar mereka dicalonkan semula dalam PRU 15 di bawah tiket UMNO.

Namun sebagai parti yang sudah cukup berpengalaman, UMNO sudah menyediakan strategi serangan jijik dari katak politik tersebut.

Apa strategi UMNO, kami tidak dapat dedahkan cuma Edisi Siasat mahu menyeru kepada rakyat Malaysia, walau atas tiket parti mana sekali pun katak politik ini bertanding, mereka WAJIB disingkirkan dari dunia politik tanah air.

Sebabnya jelas, kerana merekalah rakyat dan negara menderita sejak pasca PRU 14!!!





 

ROS Akan Di Gunakan Katak Politik Sebagai Syarat Bertanding PRU 15 Bawah Tiket UMNO?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

One Comment

  1. UMNO sekadar parti politik orang Melayu yg dah x de aura apa lagi kekuatan nya..cakap je berdegor -degor..orang Melayu masih lagi majoriti B40 miskin..dulu kini mungkin selamanya…

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker