Sharifah- Nurashimah raih perak sukan petanque

Sharifah- Nurashimah raih perak sukan petanque
Sharifah (kanan) bersama Nurashimah bersama pingat perak dimenangi dalam acara double wanita hari ini.

Sharifah- Nurashimah raih perak sukan petanque

HANOI: Perasaan atlet petanque wanita negara, Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali bercampur baur pada aksi final acara double meskipun berjaya mengubah warna pingat di Sukan SEA 2021, di sini, sebentar tadi.

Sharifah yang bergandingan bersama Nurashimah Senin di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi terpaksa akur dengan kehebatan atlet tuan rumah, Hong Thoa Thai Thi-Lan Anh Tran Le yang menewaskan mereka, 13-2 di pentas final.

Keputusan itu menyaksikan Sharifah-Nurashimah pulang dengan perak manakala gangsa dimenangi bersama Kemboja dan Laos.

“Kalau mengikut prestasi, saya agak berpuashati namun disebalik itu ada juga rasa sebaliknya. Saya berpuashati kerana dapat mengubah warna pingat yang lalu daripada gangsa kepada perak.





“Namun saya tidak berpuashati, kerana bagi saya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik daripada tadi namun kurang bernasib baik,” katanya yang pertama kali digandingkan bersama Nurashimah yang juga pemenang perak di Filipina 2019 dan Kuala Lumpur 2017 dalam acara triple itu.

Sharifah turut berkata, dia akan cuba untuk mendapatkan emas pada penampilan seterusnya di temasya dwi tahunan yang akan datang.

“InsyaAllah. Saya berbangga dengan diri saya kerana dapat tukar pingat tetapi tak boleh memberikan emas kepada Malaysia. Saya juga tak boleh menukar pingat kawan saya (Nurashimah) yang sudah dua kali termasuk kali ini tiga perak. Jadi saya agak kecewa,” katanya.

Di Filipina 2019, Sharifah yang bergandingan bersama Siti Asiah Zaini menghadiahkan gangsa manakala Phatipha Wongchuvej-Nantawan Fueangsanit dari Thailand memenangi emas. Gandingan Laos, Sengchanphet Aly-Phanthaly Phetsamone meraih perak.

SHARIFAH SAKINAH DEDAH SUDAH BERKAHWIN DENGAN JEJAKA SWEDEN





Sharifah- Nurashimah raih perak sukan petanque


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker