Ziyad raih gangsa di Hanoi

Ziyad raih gangsa di Hanoi
Pemenang pingat gangsa, atlet lontar peluru Negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Ziyad raih gangsa di Hanoi

HANOI: Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih gangsa dalam acara lontar peluru lelaki pada temasya Sukan SEA 2021, di sini, sebentar tadi.

Ziyad yang meraih perak di Manila pada 2019, melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m), manakala emas milik atlet Filipina, William Morrison III Edward (18.14m), diikuti Jakkapat Noisri dari Thailand (17.32m).

“Syukur ke hadrat Ilahi, ini adalah Sukan SEA saya kali ketiga. Saya sudah buat terbaik dan bangga dapat meraih pingat gangsa buat negara. Saya juga bangga sebagai seorang atlet para dapat bersaing dengan atlet normal,” katanya.

Sementara itu, dalam saingan lompat jauh lelaki, Andre Anura Anuar hanya menduduki tempat kelima selepas melakukan lompatan sejauh 7.24m.





Dalam acara lompat tinggi wanita, wakil negara, Ngu Jia Xin menduduki tempat kelima dengan lompatan 1.65m. Emas milik atlet Vietnam, Dhiem Pham Thi (1.78m), manakala perak milik Michelle Sng dari Singapura (1.75m) dan gangsa diraih seorang atlet Vietnam, Giang Pham Quynh (1.70m).

PARALIMPIK: Malaysia kemuka bukti Ziyad termasuk CCTV

Ziyad raih gangsa di Hanoi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker