Anwar Sanggup Sabotaj Ekonomi Negara Demi Impian Menjadi PM

Anwar Sanggup Sabotaj Ekonomi Negara Demi Impian Menjadi PM

Matlamat utama PKR di peringkat awal penubuhan ialah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

Nafsu besar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah terpadam sejak mula di bawa masuk ke dalam UMNO oleh Dr Mahathir.

Anwar sanggup melakukan apa sahaja, melakonkan apa juga watak demi memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri.





Melakunkan watak alim hingga digelar Pak Syeikh, bersekutu dengan musuh yang pernah menghumban beliau ke dalam penjara.

Bersekutu dengan parti politik yang pekat dan sarat dengan ideologi komunisma dan pelbagai lagi.

Namun, yang terbesar kesannya kepada rakyat dan negara akibat dari nafsu ingin menjadi Perdana Menteri apabila beliau sabotaj ekonomi negara.

Bulan Ogos 2021, Mahiaddin Md Yasin tumbang dari jawatan Perdana Menteri apabila kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen.

UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin tetapi bukan terhadap kerajaan yang memerintah ketika itu.





Oleh itu, yang perlu ditukar hanyalah Perdana Menteri dan bukannya keseluruhan kerajaan dan itulah yang berlaku.

Tetapi kegopohan Anwar yang mengumumkan kejatuhan kerajaan yang memerintah telah memberikan tekanan kepada ekonomi negara yang sememangnya tenat ketika itu.

Anwar membuat sidang media dan mengumumkan keruntuhan kerajaan sebelum Istana Negara membuat keputusan.

Akibatnya, indeks saham di Bursa Malaysia jatuh merudum dan diikuti dengan kejatuhan nilai matawang ringgit.

Mengapa Anwar bertindak demikian?





Kerana ketika itu Anwar yakin beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan hayalan angka sokongan Ahli Parlimen terhadap beliau.

Sebagai ahli politik yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apakah Anwar tidak tahu implikasi dari pengumuman gelojoh beliau?

Beliau tahu, tetapi sebagaimana yang kami nyatakan, beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian beliau!!!

 

Anwar Sanggup Sabotaj Ekonomi Negara Demi Impian Menjadi PM

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker