Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan

Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan

Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan

Dr Mahathir mendakwa dengan membuat pindaan perlembagaan parti, menunjukkan UMNO tidak menghormati perlembagaan.

Dr Mahathir juga mempersoalkan berapa lamakah tempoh penangguhan pemilihan selepas pindaan perlembagaan itu.

“Ini sampai berapa bulan hendak tangguh?”.





“Kalau dalam jangka pendek tak apalah”.

“Mereka tahu kalau ada pemilihan akan berpecahlah UMNO”.

“Jadi mereka ambil jalan mudah dengan meminda perlembagaan,” jelas Dr Mahathir.

Bagi Edisi Siasat, kenyataan Dr Mahathir itu bukan sahaja janggal tetapi juga dangkal.

Mungkin Dr Mahathir lupa, sepanjang 22 tahun menjadi Presiden UMNO, beliau sendiri sudah meminda perlembagaan UMNO sebanyak 2 kali.





Dan kedua-duanya adalah berkaitan dengan pemilihan parti.

Tidak pasti atas asas apa Dr Mahathir dakwa UMNO tidak menghormati perlembagaan dengan membuat pindaan perlembagaan parti.

Hakikatnya, kerana menghormati perlembagaan, maka UMNO telah memanggil perwakilan dari seluruh negara ke EGM.

Dan keputusan dibuat selepas perwakilan bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.

Apakah ini bukan satu tindakan yang menghormati perlembagaan?





Kita merasa hairan, kenapa pula Dr Mahathir yang sibuk dengan pindaan perlembagaan yang UMNO lakukan?

Apa kaitan Dr Mahathir dengan UMNO sekarang?

Beliau bukan lagi ahli UMNO, apatah lagi ahli MKT atau ‘top five’ UMNO.

Malah beliau adalah musuh yang sentiasa berdendam dan mahu melenyapkan UMNO, parti yang memberikan beliau kuasa selama 22 tahun.

Kepada Dr Mahathir, UMNO bukanlah milik peribadi beliau tetapi UMNO milik 3.5 juta ahlinya.





Dan UMNO tidak pernah berhutang dengan beliau, malah beliaulah yang banyak berhutang dengan UMNO.

Tidak perlu menyibuk tentang UMNO tetapi tumpukanlah kepada parti sendiri, parti Pejuang yang hidup segan, mati tak mahu!!!

 

Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker