Dua beradik lemas dalam parit dekat rumah

Dua beradik lemas dalam parit dekat rumah
Dua beradik ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari di Pantai Remis, Manjung – Foto NSTP/Ihsan pembaca

Dua beradik lemas dalam parit dekat rumah

MANJUNG: Dua beradik ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari di Pantai Remis dekat sini, hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan empat tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika bermain di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 7 malam tadi.

Menurutnya, dua beradik terbabit bermain di luar kawasan rumahnya pada jam 5 petang dan ketika itu ibu mereka berusia 36 tahun sedang memasak di dapur.





“Ibu mangsa menyuruh anak sulungnya berusia 10 tahun mencari dua adiknya pulang ke rumah pada jam 5.30 petang. Kanak-kanak itu kemudiannya menemui dua adiknya di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya.

“Wanita itu kemudiannya meminta bantuan orang awam yang berada di situ untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang berada dalam parit.

“Dua beradik berkenaan kemudiannya dibawa dan diletakkan di hadapan rumahnya sementara menunggu bantuan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Nor Omar berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi pada jam 7.15 malam mengesahkan kematian dua beradik berkenaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.





“Setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

KERETA SHUK TERBABAS KE DALAM PARIT

Dua beradik lemas dalam parit dekat rumah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker