Hamilton diberi amaran keras pakai barang kemas

Hamilton diberi amaran keras pakai barang kemas
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton diberi amaran supaya tidak lagi memakai barang kemas ketika berlumba. – REUTERS

Hamilton diberi amaran keras pakai barang kemas

LONDON: Lewis Hamilton diberi amaran oleh Pengerusi Persatuan Pemandu Grand Prix, Alex Wurz bahawa memakai barangan kemas boleh mendatangkan risiko “penderitaan bertahun”.

FIA sudah menetapkan peraturan berkaitan isu pemandu memakai barang kemas ketika berlumba.

Peraturan dikenakan FIA melarang pemandu memakai barang kemas ketika berlumba dan ia berkuatkuasa pada perlumbaan di GP Miami.

SunSport difahamkan bahawa Presiden FIA, Mohammed bin Sulayem, mahu peraturan itu dipatuhi Hamilton sejak dia mengambil alih jawatan berkenaan pada Disember.





Tonggak Mercedes, Hamilton diberikan pengecualian sebanyak dua perlumbaan selepas berkata dia tidak boleh mengeluarkan dua subang dipakainya.

Pemandu berusia 37 tahun itu diberi tempoh hingga GP Monaco untuk mematuhi peraturan berkenaan tetapi dia mahu diberikan pengecualian memakai barangan kemas hingga penamat musim.

Ikon British itu berazam untuk terus berlumba sambil memakai subang walaupun bakal berdepan denda yang besar.

Dia sudah diberi amaran oleh Ted Kravitz yang menyatakan dia boleh dilarang berlumba jika gagal membuang semua subang dipakainya.

Dan kini Wurz menegaskan Hamilton melakukan kesilapan untuk terus memakai barang kemas dengan menjelaskan peraturan FIA ialah untuk melindungi pemandu. – AGENSI





Hamilton enggan bincang insiden GP Brazil

Hamilton diberi amaran keras pakai barang kemas


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker