Kedah rancang kemasukan lima pemain baharu

Kedah rancang kemasukan lima pemain baharu
Pertemuan KDA FC menentang NSFC berkesudahan seri tanpa jaringan malam tadi. Foto Ihsan NSFC

Kedah rancang kemasukan lima pemain baharu

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang belum mendapat rentak kemenangan dalam empat perlawanan lalu bakal melakukan perubahan besar membabitkan kemasukan pemain baharu dalam tempoh jendela perpidahan kedua bermula 28 Mei ini.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, sebaik pasukannya terikat tanpa jaringan ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) semalam, skuadnya merancang mengikat hingga lima muka baharu bagi memperkuatkan pasukan pada Piala AFC Jun ini.

“Kami akan membuat beberapa pertukaran pada tempoh jendela perpindahan kedua kali ini kerana keadaan pasukan tidak berada pada kedudukan terbaik.

“Kami adalah Kedah dan kami mahu jadi yang terbaik. Jadi dengan kesempatan pada tempoh jendela perpindahan kedua ini, kami merancang melakukan pertukaran seramai dua atau tiga atau mungkin hingga lima pemain kerana kami mahu beraksi pada tahap terbaik di peringkat Piala AFC musim ini.





“Selain itu jangan lupa perlawanan seterusnya bertemu JDT di mana kami perlu bersiap sedia dengan bekerja lebih keras pada tahap lebih tinggi terutama membabitkan kemampuan dan kecergasan,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan terikat tanpa jaringan itu, Aidil berkata beliau turut terkilan kerana hasrat Kedah tidak kesampaian untuk mendapatkan tiga mata selepas gagal mencapai kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

“Pada babak pertama kami tidak beraksi pada tahap yang dirancang mungkin berpunca daripada tahap tekanan dan faktor kecederaan dihadapi pemain, namun pada babak kedua ada peningkatan dengan pemain nampak lebih bersemangat dalam gerakan dan pertahanan.

“Kami tidak dibolosi pada perlawanan ini, namun masalahnya kami tidak dapat beraksi seperti dirancang antaranya kerana kehilangan pemain import tengah Dechi Marcel untuk memberi sokongan kuat kepada penyerang Ngah Wanja.

“Jang Suk Won pula masih mahu bersama pasukan walaupun beliau masih belum pulih daripada kecederaan, ditambah Syafiq Ahmad mengalami kecederaan pada babak pertama, jadi ini adalah sesuatu yang tidak kami jangkakan,” katanya.





Hujan lebat tahap bahaya berterusan di Pahang, Johor

Kedah rancang kemasukan lima pemain baharu


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker