Lagi cebisan anggota badan pendaki Gunung Suku ditemui

Lagi cebisan anggota badan pendaki Gunung Suku ditemui
Pasukan SAR mengangkat anggota badan dipercayai milik pendaki wanita yang ditemukan selepas mangsa dilapor hilang ketika tragedi kepala air di Gunung Suku di Simpang Pulai, semalam. – BERNAMA

Lagi cebisan anggota badan pendaki Gunung Suku ditemui

IPOH: Lagi cebisan anggota badan dipercayai milik pendaki wanita yang hilang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, dekat Simpang Pulai di sini ditemukan petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris mengesahkan cebisan itu dijumpai jam 4.30 petang tadi di lokasi sama sebahagian anggota badan ditemui semalam.

“Petunjuk terkini pasukan SAR (mencari dan menyelamat) menjumpai cebisan anggota badan mangsa di lokasi penemuan kedua semalam.

“Bahagian anggota mana (cebisan itu) kita tidak pasti kerana hanya cebisan sahaja dijumpai,” katanya ketika dihubungi.





Semalam pasukan penyelamat dilapor menemukan bahagian badan manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita iaitu See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, yang dilapor hilang di kawasan Gunung Suku itu.

Sehari sebelum itu, pasukan penyelamat menemukan sebelah kaki dipercayai milik mangsa selepas dua pendaki itu dihanyutkan kepala air dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Petang tadi pula, beberapa cebisan baju yang sudah hancur disahkan ditemui.

Sementara itu, Muhammad Shahrizal mengesahkan operasi SAR hari ketiga hari ini dihentikan sementara atas faktor cuaca dan keadaan yang semakin gelap.

“Operasi akan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya.





Anggota tentera, isteri maut kemalangan

Lagi cebisan anggota badan pendaki Gunung Suku ditemui


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker