Melaka United hargai `Abang Viva’

Melaka United hargai `Abang Viva'
‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar (kiri) menerima penghargaan daripada MUFC. Foto Ihsan MUFC

Melaka United hargai `Abang Viva’

MELAKA: Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) menyumbang Pas Bermusim 2022 `VIP’ bernilai RM1,500 serta barangan eksklusif kepada ikon sukarelawan, ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar sebagai penghargaan kepada jasanya kepada komuniti di Malaysia.

MUFC dalam kenyataannya menjelaskan, usaha berkenaan membolehkan beliau menjadi antara penyokong VIP pada setiap perlawanan liga Malaysia skuad Hang Tuah di venue tuan rumah iaitu di Stadium Hang Jebat sepanjang musim ini.

“Kami di MUFC berbesar hati apabila perlawanan Piala FA Malaysia 2022 membabitkan Melaka United (MU) dan PJ City FC di Stadium Hang Jebat turut dihadiri ikon sukarelawan, ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan kami.

“Jemputan terbabit sebagai tanda penghargaan di atas kerja-kerja kesukarelawanan dalam membantu mereka yang memerlukan khususnya ketika bencana banjir melanda negara tahun lalu,” kata kenyataan itu.





Penghargaan berkenaan disampaikan oleh Pengarah MUFC, Muhammad Hiqmar Danial Hidzir.

Sementara itu, Azwan amat menghargai sumbangan MUFC kepadanya sambil menaruh keyakinan skuad berkenaan mampu melangkah lebih jauh di pentas Piala FA dan liga Super.

Menurutnya, dia sememangnya meminati sukan bola sepak dan akan memberi sokongan padu kepada pasukan berkenaan tambahan pula selepas mendapat tiket percuma terbabit.

“Seingat saya hanya menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Melaka sebanyak tiga kali sebelum ini dengan satu aksi di Stadium Hang Jebat.

“Selepas melihat kejayaan skuad Hang Tuah menewaskan PJ City 2-1 pada pusingan kedua Piala FA, saya yakin pasukan Hijau Putih mampu untuk bergelar juara jika aksi terus konsisten,” katanya.





Melaka lunas tunggakan gaji pemain

Melaka United hargai `Abang Viva’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker