MIRA FILZAH & SUAMI UMUM NAMA ANAK, ‘WAN KHAIR AMIR’

SELESAI MAJLIS TAHNIK

MIRA FILZAH & SUAMI UMUM NAMA ANAK, ‘WAN KHAIR AMIR’

“Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad 🤍 Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“@wankhairamir “Khair” membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). “Amir” pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini. Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.❣️





“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA. #EmirAmirah #ArahManaSyurga ❤️💛❣️🌌,” itulah tulis pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar menerusi laman Instagram.

 

Genap tujuh hari kelahiran anak sulung, pasangan ini berkongsikan nama anak lelaki mereka iaitu ‘Wan Khair Amir’ dan juga maksud indah disebalik nama yang dipilih.

Menerusi posting itu juga, Mira dan suami turut memuat naik gambar bersama anak lelaki mereka dari pandangan sisi. Selain itu, pasangan ini yang berkahwin pada 2 September 2020 itu juga memaklumkan telah mambuka akaun Instagram untuk Wan Khair Amir.





Mira dan suami juga turut meluahkan rasa syukur apabila sudah pun selesai menjalankan ibadah tahnih dan bercukur untuk anak mereka yang dilahirkan pada 10 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

MIRA FILZAH DEDAH HAMIL ANAK PERTAMA





 

MIRA FILZAH & SUAMI UMUM NAMA ANAK, ‘WAN KHAIR AMIR’

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker