Penolong jurutera ditahan terima rasuah

Penolong jurutera ditahan terima rasuah

Penolong jurutera ditahan terima rasuah

SHAH ALAM: Seorang penolong jurutera sektor awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun itu bertugas di sebuah agensi kerajaan dan dipercayai meminta suapan bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembaikan sebuah sekolah di sebuah daerah di negeri ini.

Menurutnya, individu yang ditahan itu adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek terbabit.





Jelasnya, lelaki berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM Selangor selepas menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu di sebuah restoran sekitar Bangi kira-kira jam 4 petang hari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawake Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi tujuan reman.

Pengarah urusan, jurutera ditahan bantu kes tuntutan palsu





Penolong jurutera ditahan terima rasuah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 





Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker