Skuad olahraga capai sasaran lima emas

Skuad olahraga capai sasaran lima emas
Aksi atlet lelaki negara, Irfan Shamsuddin ketika memenangi pingat emas dalam acara akhir Lempar Cakera pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium Nasional My Dinh. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Skuad olahraga capai sasaran lima emas

HANOI: Olahraga terus cemerlang selepas menyumbang dua pingat emas di Sukan SEA Hanoi hari ini melalui jaguh lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat kijang, Andre Anura Anuar.

Dua emas berkenaan melengkapkan sasaran lima emas yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) walaupun masih ada beberapa acara yang akan dipertandingkan lagi esok termasuk lompat tinggi lelaki dan acara riben biru, 100 meter (m) lelaki dan wanita.

Atlet lempar cakera lelaki negara Muhammad Irfan Shamshuddin beraksi cemerlang untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. – fotoBERNAMA

Irfan terus mempertahankan emas kelimanya selepas berjaya membuat lemparan sejauh 58.26m untuk membutirkan emas.

Meskipun tidak berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 62.55m yang dilakukan pada 2017, keputusan itu memadai untuk mengatasi lima peserta lain di Stadium Nasional My Dinh.





Pingat perak menjadi milik jaguh Thailand, Kiadpradid Srisai dengan lemparan sejauh manakala gangsa menjadi milik atlet Filipina, William Morrission I Edward.

Atlet Lompat Kijang Lelaki negara Andre Anura Anuar beraksi cemerlang untuk memenangi pingat Emas pada Sukan SEA ke-31, di My Dinh National Stadium, Hanoi hari ini.

“Syukur mempertahankan pingat emas tetapi saya kecewa kerana tidak dapat capai sasaran untuk pecah rekod peribadi di sini. Apapun, saya gembira berjaya raih emas di sini,” katanya.

Sementara itu, Andre pula meraih emas selepas melakukan lompatan bergaya dengan catatan 16.51 meter dalam acara lompat kijang lelaki.

Lompatan itu sekali gus menggagalkan hasrat atlet dari Filipina, Mark Harry Diones Aloto dan atlet tuan rumah, Tran Van Dien selepas masing-masing sekadar meraih perak dan gangsa.

COVID-19: Singapura mungkin capai hingga 15,000 kes sehari disebabkan Omicron





Skuad olahraga capai sasaran lima emas


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker