SPRM tahan pegawai kanan, pesara kerajaan lindungi pemalsuan cukai jualan sawit
SPRM tahan pegawai kanan, pesara kerajaan lindungi pemalsuan cukai jualan sawit
KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan negeri bersama seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700,000.
Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika masing-masing hadir di pejabat SPRM negeri.
Berdasarkan maklumat, wang berkenaan diperoleh daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah.
Menurut sumber, tindakan kedua-dua suspek itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dua suspek itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok.
“SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat dalam masa terdekat selepas ini,” katanya.
Suami isteri dalang palsu dokumen ditahan
SPRM tahan pegawai kanan, pesara kerajaan lindungi pemalsuan cukai jualan sawit
Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?