Warga asing elak serbuan polis maut jatuh bangunan

Warga asing elak serbuan polis maut jatuh bangunan

Warga asing elak serbuan polis maut jatuh bangunan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai terjatuh dari tingkat satu sebuah pusat hiburan ketika cuba mengelak pemeriksaan dan serbuan polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika sepasukan anggota dan pegawainya melakukan serbuan di pusat hiburan di Pusat Komersil BDC di Jalan Chong Thien Vun, dekat sini, kerana disyaki beroperasi lebih masa.

Beliau berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan di premis itu, empat lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia antara 17 hingga 45 tahun ditahan atas kesalahan memasuki dan tinggal menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.





“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di bahagian belakang luar premis terbabit, polis menemukan seorang lelaki terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa berusia 23 tahun dipercayai terjatuh dari aras satu bangunan premis terbabit dan disyaki cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata, mangsa kemudian di bawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif mangsa melarikan diri sehingga mengakibatkan kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini.





Bom kereta bunuh 8 orang berhampiran istana presiden

Warga asing elak serbuan polis maut jatuh bangunan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Ziarah Azmin Ke Pusara Allahyarham Harun Din?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker