9 terbunuh, 24 cedera parah dalam pertempuran di Tajikistan

9 terbunuh, 24 cedera parah dalam pertempuran di Tajikistan
Gambar hiasan. – Foto AGENSI

9 terbunuh, 24 cedera parah dalam pertempuran di Tajikistan

TAJIKISTAN: Pertempuran antara pasukan keselamatan Tajikistan dan kumpulan pengganas menyebabkan sembilan terbunuh dan puluhan yang lain cedera di wilayah bergolak bersempadan dengan Afghanistan dan China.

Antara yang terbunuh ialah seorang pegawai keselamatan manakala 13 disahkan cedera parah dalam serangan itu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negerinya, yang turut memberitahu ahli ‘kumpulan jenayah terancang’ yang bersenjata dan menggunakan bom molotov menyerang pegawai keselamatan di wilayah timur Gorno-Badakhshan.

Wilayah di Pamir Mountains yang membentuk separuh daripada Tajikistan itu hanya dihuni sekitar 200,000 penduduk





Kementerian Dalam Negeri berkata serangan dilakukan ketika pelancaran ‘operasi anti-keganasan’ selepas 200 orang bersenjata menghalang lebuh raya yang bersempadan dengan Afghanistan.

Hasil operasi itu, lapan militan terbunuh, 11 cedera dan lebih 70 ahli aktif kumpulan pengganas ditahan.

Pertempuran bermula semalam di bandar utama, Khorog, di mana penyokong Mamadbokir Mamadbokirov, seorang tokoh berpengaruh di Gorno-Badakhshan, dengan pihak berkuasa yang menyifatkannya sebagai ‘ketua kumpulan jenayah terancang’.

Dalam kenyataan bersama, delegasi Kesatuan Eropah (EU) di Tajikistan dan kedutaan Britain, Perancis, Jerman serta Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mereka berhubung laporan ketegangan dalaman selain pertempuran ganas di wilayah itu.

Mereka menggesa semua pihak berusaha meredakan kemelut, menghalang diri dan mengelakkan daripada menggunakan kekerasan atau menghasut keganasan.





Wilayah itu dilanda ketegangan sejak perang saudara lima tahun lalu, yang tercetus sejurus selepas negara Asia Tengah itu mencapai kemerdekaannya susulan kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

Sejak 1992, negara itu telah dipimpin oleh pemerintah kuku besi, Emomali Rakhmon, di mana pentadbirannya dikecam kumpulan hak asasi manusia dan negara Barat. – AFP

5 terbunuh dalam pertempuran pemberontak Arab Saudi dan Yaman

9 terbunuh, 24 cedera parah dalam pertempuran di Tajikistan

 






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker