AWAL ASHAARI : ISU LANGGAR PALANG RUMAH

HANYA ALIH PAKAI TANGAN

AWAL ASHAARI : ISU LANGGAR PALANG RUMAH 

“Perkataan khianat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepenuhnya, masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).

“Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna, saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran pengurusan. Saya faham mengenai itu dan akan bayar.. tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.

“Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin saya sibuk.





“Cuma apabila dah berpindah rumah baru ni saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah,” kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang tampil menjelaskan di laman Instagram miliknya dimana dia berkata berlaku salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

Semalam hangat diperkatakan apabila Awal didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan. Bagaimanapun, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

Dalam pada itu, Awal mengakui dia mengalihkan palang menggunakan tangan berikutan permintaannya untuk masuk ke rumah tidak diendahkan bukan dia melanggar palang seperti yang dilaporkan.


​Disyorkan Untuk Anda :


“Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri… saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita. Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.





“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam ras anak gelak ada, nak menangis pun ada,” tambahnya lagi.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan kerugian sebanyak RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

 





Awal Ashaari didakwa lakukan khianat rosakkan palang pagar

AWAL ASHAARI : ISU LANGGAR PALANG RUMAH 

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker