Bank Dunia janji tambahan AS$12 bilion atasi krisis makanan

Bank Dunia janji tambahan AS$12 bilion atasi krisis makanan
Pekerja ladang menurunkan baja buatan Ukraine daripada lori di sebuah ladang gandum dekat perkampungan Yakovlivka, Karkiv di Ukraine, selepas kawasan itu dibedil seringan udara Russia. – Foto REUTERS

Bank Dunia janji tambahan AS$12 bilion atasi krisis makanan

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis makanan global yang meruncing mungkin berterusan selama beberapa tahun sekiranya tidak dikawal.

PBB mengeluarkan amaran itu ketika Bank Dunia mengumumkan pembiayaan tambahan sebanyak AS$12 bilion (RM53 bilion) bagi mengurangkan ‘kesan buruk’ akibat krisis itu.

Bank Dunia mengumumkan peruntukan tambahan itu akan membawa secara keseluruhan pembiayaan bagi projek untuk tempoh 15 bulan seterusnya kepada AS$30 bilion (RM132 bilion).

Pembiayaan itu akan membantu meningkatkan penghasilan baja, memudahkan perdagangan lebih besar dan menyokong isi rumah dan negara pengeluar bijirin yang lemah.





Ketidakpastian makanan semakin meningkat akibat pemanasan global, pendemik coronavirus dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang mengakibatkan kekurangan kritikal bijirin serta baja.

Pada mesyuarat utama PBB di New York mengenai keselamatan makanan global, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata peperangan itu memberi ancaman dan menyebabkan jutaan orang berada di ambang bahaya keselamatan makanan.

Katanya, apa yang akan berlaku seterusnya adalah kekurangan nutrisi dan kebuluran dalam krisis yang mungkin berlanjutan selama beberapa tahun.

Sehubungan itu, beliau dan yang lain menggesa Russia membenarkan eksport bijirin Ukraine kerana kedua-dua negara itu menghasilkan 60 peratus bekalan gandum global.

Pencerobohan Moscow terhadap Ukraine dan sekatan ekonomi antarabangsa ke atas Russia menyebabkan gangguan bekalan baja, gandum dan komoditi lain dari kedua-dua negara, memaksa kenaikan harga makanan dan bahan api, terutama di negara membangun.





Sebelum pencerobohan pada Februari lalu, Ukraine dilihat sebagai pembekal roti dunia yang mengeksport 4.5 juta tan hasil pertanian sebulan melalui pelabuhannya iaitu 12 peratus keperluan gandum, 15 peratus jagung dan separuh daripada bekalan minyak bunga matahari global.

Bagaimanapun, dengan penutupan pelabuhan Odessa, Chornomorsk dan yang lain oleh kapal perang Russia, bekalan hanya boleh melalui jalan darat yang sesak dan kurang cekap.

Hakikatnya, ketidakpastian makanan mula meningkat sebelum Moscow, yang tidak dijemput menghadiri mesyuarat PBB, menceroboh negara jirannya pada 24 Februari lalu.

Hanya dalam tempoh dua tahun, jumlah penduduk dunia diancam ketidakpastian makanan meningkat dua kali ganda daripada 135 juta kepada 276 juta, hari ini.

Lebih setengah juta orang kini hidup dalam kebuluran, iaitu peningkatan lebih 500 peratus sejak 2016. – AFP





Sri Lanka haramkan baja tercemar dari China

Bank Dunia janji tambahan AS$12 bilion atasi krisis makanan

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker