ELLIE SURIATY AKUI ANAK-ANAK FAHAM PERCERAIANNYA DENGAN AZRI ISKANDAR

ELLIE SURIATY AKUI ANAK-ANAK FAHAM PERCERAIANNYA DENGAN AZRI ISKANDAR

ELLIE SURIATY AKUI ANAK-ANAK FAHAM PERCERAIANNYA DENGAN AZRI ISKANDAR

Pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, memberitahu, dia dan bekas suaminya, pelakon Azri Iskandar, 54, mendidik dua anak mereka, Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13, serta anak tiri, dengan cara sentiasa berfikiran terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran terhadap apa saja isu. Malah, dalam soal perceraian itu, menurut Ellie, anak-anaknya sudah memberikan buah fikiran mereka.

“Mereka (anak-anak) sangat matang untuk faham. Cara kami besarkan anak-anak adalah bagi mereka bersikap terbuka, bersuara dan kongsi buah fikiran dalam apa saja isu. Itu cara kami besarkan anak-anak. Dalam perkara ini (perceraian), mereka sudah bagi buah fikiran.

“Azri sangat rapat dengan anak-anak dan mereka komited dengan saya. Tidak ada istilah anak-anak menjadi sasaran dan mangsa keadaan akibat perceraian ini. Kami sangat terbuka bincang dalam apa juga isu. Begitu juga dengan anak tiri pun sama. Walaupun mereka muda, tapi boleh terima secara matang.





“Saya tak cakap buruk pada anak-anak mengenai bapa mereka, begitu juga dengan dia. Sama-sama hormati mak ayah. Pendek kata, ‘positive energy’ diterapkan dalam diri mereka,” ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, perpisahan yang berlaku bukan bermakna dia dan Azri bertukar menjadi musuh: “Walaupun usia perkahwinan kami 19 tahun, tapi kalau ikutkan saya sudah 22 tahun dengan dia. Sudah banyak yang kami lalui bersama. Tak boleh musuhi satu sama lain pun.

“Cuma dalam perkara ini, kami sudah usaha dan tawakal bagi menyelamatkan perkahwinan. Sudah buat semua tu. Malah, sudah tertulis antara kami adalah perpisahan,” tuturnya.

ELLIE SURIATY SAHKAN BERCERAI DENGAN AZRI ISKANDAR SELEPAS 19 TAHUN BERSAMA





 

ELLIE SURIATY AKUI ANAK-ANAK FAHAM PERCERAIANNYA DENGAN AZRI ISKANDAR

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker