Hoe Yean akhiri penantian emas renang

Hoe Yean akhiri penantian emas renang
Aksi Hoe Yean ketika acara gaya bebas lelaki 200 meter di My Dinh Water Sports Stadium pada Sukan SEA Ke 31 di Hanoi, Vietnam. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Hoe Yean akhiri penantian emas renang

HANOI: Selepas mengumpul tiga pingat perak, perenang muda negara Khiew Hoe Yean mencipta sensasi dengan merangkul emas 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mengungguli saingan dengan catatan masa satu minit dan 47.81 saat (s) untuk meninggalkan Quah Zheng Wen di tempat kedua (1:48.20s) manakala gangsa milik tuan rumah Hoang Quy Phuoc dengan catatan 1:49.35s.

Seorang lagi perenang negara, Welson Sim menamatkan saingan di kedudukan keenam apabila merakam 1:50.63s.

Kejayaan itu juga pingat emas pertamanya di pentas Sukan SEA selepas hampir mencipta kejutan menjuarai 200m kuak lentang Isnin lepas, namun terpaksa berpuas hati membawa pulang perak apabila hanya dipisahkan beberapa detik dengan pemenang emas dari Vietnam, Nguyen Tran Hung.





Ini juga koleksi pingat keempat diraihnya di Hanoi selepas merangkul perak masing-masing dalam acara 400m gaya bebas, 200m kuak lentang dan 4x200m gaya bebas.

Pada final 4x200m gaya bebas semalam, beliau membantu kuartet negara yang turut dibarisi Welson, Lim Yin Chuen dan Arvin Shaun Singh Chahal memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 7:19.75s.

Sukan renang Sukan SEA ke-31 akan menutup tirai saingan esok dengan skuad kebangsaan kini telah mengutip satu emas, tiga perak dan satu gangsa (Job Tan – 200m kuak dada lelaki). – BERNAMA

Hou Yean tambah dua lagi emas renang Terbuka Malaysia





Hoe Yean akhiri penantian emas renang

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker