Maklumat Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk Menteri, Milik JPN Bocor Lagi
Maklumat Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk Menteri, Milik JPN Bocor Lagi
Data peribadi warga sesebuah negara adalah sulit dan WAJIB dilindungi keselamatannya oleh pihak berkuasa.
Tahun lepas kita dikejutkan apabila ada tawaran untuk menjual maklumat sulit berkenaan di atas talian.
Kini sindiket berkenaan muncul lagi dan dengan lebih berani mendedahkan maklumat sulit peribadi Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.
Seorang penjual pangkalan data mendakwa mereka memiliki set data milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mempunyai seluruh penduduk negara ini dengan tahun lahir dari 1940 hingga 2004.
Ia kini sedang disenaraikan dalam talian dengan tawaran harga sebanyak USD10,000 @ RM43,885.
Mula-mula didedahkan oleh Amanz, pengkalan data ini didakwa ditawarkan melalui web gelap.
Walau bagaimanapun, melalui carian, ia menunjukkan bahawa penyenaraian berlaku di forum pasaran pangkalan data yang terkenal dan mudah untuk diakses.
Pada September 2021 laman web Raidforums mengejutkan kita apabila membuat tawaran untuk menjual pengkalan data maklumat peribadi rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, ianya telah dihentikan melalui operasi global yang diketuai oleh Amerika Syarikat awal tahun ini.
Namun begitu, kebocoran September 2021 telah disebut oleh penjual penyenaraian baharu yang diterbitkan di pasaran akhir bulan lalu.
Bukan itu sahaja, penjual juga mendakwa bahawa myIDENTITY API adalah sumber tawaran baharu mereka, sama seperti penyenaraian tahun lepas.
myIDENTITY ialah platform perkongsian data yang direka untuk sektor awam yang membolehkan agensi kerajaan mendapatkan butiran peribadi daripada repositori berpusat.
Ketika mengulas insiden tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, 104 agensi telah mendapat kebenaran untuk menggunakan platform tersebut.
Sementara itu, penjual juga mendakwa bahawa set data 160GB mempunyai 22.5 juta baris di dalamnya dengan 20 atribut seperti nama, nombor MyKad, alamat, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, nombor mudah alih dan foto berasaskan Base54.
Untuk membuktikannya, dengan berani mereka menyiarkan maklumat milik Hamzah Zainudin!!!
Buat masa ini, tidak jelas sama ada JPN dan agensi kerajaan lain yang berkaitan mengetahui penyenaraian ini.
Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.
Pihak berkuasa juga MESTI menjalankan audit keselamatan yang menyeluruh ke atas platform myIDENTITY serta agensi yang mempunyai akses kepadanya.
Sumber:
https://www.lowyat.net/2022/273593/new-jpn-database-leak-44k-price/
Maklumat Peribadi Rakyat Malaysia Termasuk Menteri, Milik JPN Bocor Lagi
- Anwar Sanggup Sabotaj Ekonomi Negara Demi Impian Menjadi PM
- Kuasa Hakim Yang Mengatasi Parlimen Akan Membahayakan Keselamatan Negara
- Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan
- Dunia Akan Hadapi Krisis Makanan, Kerajaan Perlu Bertindak Segera
- Dr Mahathir Ancam Saman DS Zahid Berkaitan Kenyataan Bangsa Asal Beliau
Lawati Laman :