MAS IDAYU & SUFIAN RANCANG NIKAH SEPTEMBER DEPAN

"SYAWAL PALING BERMAKNA UNTUK SAYA" - SUDAH 'DIIKAT'

MAS IDAYU & SUFIAN RANCANG NIKAH SEPTEMBER DEPAN

“Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik. Ini ujian paling besar yang kami lalui.

“Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku,” ujar penyanyi Mas Idayu yang sudah ‘diikat’ Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa dalam majlis menghantar tanda, baru-baru ini.

Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Sufian, September ini sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, baru-baru ini. Kata Mas Idayu, Sufian bersama keluarganya hadir ke rumah keluarga Mas di Kota Tinggi, Johor untuk tujuan itu, baru-baru ini.





Katanya, mereka juga tidak melangsungkan pertunangan. Tambah Mas Idayu, bapa, bapa saudara dan adik-beradik lelaki memang sukakan Sufian.

“Ketika majlis berlangsung, saya berada dalam bilik dan tak dibenarkan keluar. Saya cuma tengok video yang dirakam oleh adik. Ketika nak pasang ‘tanda’ baru saya keluar. Keluarga saya pun tak banyak bertanya pada dia. Sebelum ini mereka tak suka pilihan saya kerana lebih muda daripada saya,” katanya.

Mas atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan September depan: “Mana ada orang dalam masa empat bulan kenal terus ikat. Tak sangka dia nak ikat nak bagi tanda, okeylah. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya.

“Tarikh nikah pun dah ada, cuma kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan. Perancangannya nikah pada sebelah pagi dan malamnya kami nak bersanding. Saya juga rancang nak khatam al-Quran pada majlis itu,” tutur Mas Idayu.





Mengulas mengenai persiapan, Mas berkata, ia sudah mencecah 70 peratus: “Tinggal lagi untuk pilih lokasi dan beberapa hal lain. Ada yang berminat nak taja dan kami sedang pertimbangkan yang sesuai. Cenderahati istimewa untuk 600 jemputan adalah produk kecantikan milik saya sendiri Twenty





MAS IDAYU GEMBIRA DIJODOHKAN DENGAN PENERBIT EKSEKUTIF TV3, SUFIAN ISA

 

MAS IDAYU & SUFIAN RANCANG NIKAH SEPTEMBER DEPAN

 

 






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker