PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Pihak Pakatan Harapan menganggap lantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman, sebagai duta ke Indonesia adalah tidak wajar.
Malah bagi Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 yang mesra PH menganggap lantikan itu adalah sebagai musibah besar kepada negara.
Alasan Noor Farida adalah ahli Parlimen Pasir Salak itu dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak yang menganggap kejadian itu sebagai 2 tren bercium antara satu sama lain.
Untuk rekod tragedi itu telah menyebabkan 47 orang penumpang LRT cedera dan antaranya parah.
Noor Farida juga menegaskan bahawa kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik untuk jawatan itu.
Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula berkata ianya mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.
Beliau menambah ianya akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman antara Ismail Sabri dan Tajuddin.
Fahmi mendakwa Kerajaan PH sebelum ini, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.
Tapi Fahmi lupa bahawa PH pernah melantik Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebagai duta khas Malaysia ke China!!!
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa perdana menteri menjelaskan pelantikan Tajuddin.
Menurut menegaskan rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT.
Beliau juga inginkan kepastian adakah kerajaan berpendapat bahawa perlantikan Tajuddin itu adalah pilihan yang tepat.
Bagi PH Apa Yang Mereka Buat Semuanya Halal
Bagi Edisi Siasat, bantahan pemimpin PH ini tidak lebih sekadar menunjukkan sikap mereka yang sebenar.
Bagi PH, apa sahaja yang mereka lakukan adalah HALAL dan apa juga yang orang lain lakukan adalah HARAM.
Apakah mereka lupa semasa menjadi kerajaan, mereka pernah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang dipersoalkan integriti dan kredibiliti beliau.
Dan kecurigaan itu menjadi kenyataan apabila terbukti Lim Guan Eng telah memusnahkan ekonomi Malaysia semasa di dalam jawatan!!!
Malah ramai lagi yang tidak kompeten telah dilantik sebagai menteri penuh di era PH!!!
Jadi, don’t probok probok lah…
PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
- Anwar Sanggup Sabotaj Ekonomi Negara Demi Impian Menjadi PM
- Kuasa Hakim Yang Mengatasi Parlimen Akan Membahayakan Keselamatan Negara
- Mahathir Dakwa UMNO Tidak Hormati Perlembagaan
- Dunia Akan Hadapi Krisis Makanan, Kerajaan Perlu Bertindak Segera
- Dr Mahathir Ancam Saman DS Zahid Berkaitan Kenyataan Bangsa Asal Beliau
Lawati Laman :