Polis siasat dakwaan penjualan data JPN

Polis siasat dakwaan penjualan data JPN

Polis siasat dakwaan penjualan data JPN

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Kita memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, satu agensi media tempatan melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 82 tahun yang berada dalam JPN didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.





Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Ia bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu JPN turut mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tahun lalu juga menafikan berlaku kebocoran data seperti yang didakwa terbabit.

Bagaimanapun isu penjualan data rakyat Malaysia kembali panas semalam apabila laman sesawang terbabit sekali lagi memaparkan tangkap layar penjualan data peribadi.

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Polis siasat dakwaan penjualan data JPN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker