Russia guna senjata laser baharu di Ukraine

Kapal selam nuklear Russia Yuri Dolgoruky menguji peluru berpandu Bulava - Gambar fail Kementerian Pertahanan Russia Kapal selam nuklear Russia Yuri Dolgoruky menguji peluru berpandu Bulava - Gambar fail Kementerian Pertahanan Russia
Presiden Russia, Vladimir Putin. – Foto REUTERS

Russia guna senjata laser baharu di Ukraine

LONDON: Russia dipercayai menggunakan senjata rahsia bagi melawan kebanjiran senjata Barat termasuk menggunakan laser berkuasa tinggi di Ukraine untuk membakar dron.

Presiden Russia, Vladimir Putin, pada 2018, mendedahkan negara itu memiliki peluru berpandu balistik antara benua, dron nuklear bawah air, senjata supersonik dan laser.

Bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai perincian laser baharu itu, malah Putin menggelarnya Peresvet, dinamakan sempena seorang pahlawan sami Ortodoks zaman pertengahan, Alexander Peresvet yang terkorban dalam pertempuran.

Timbalan Perdana Menteri, Yury Borisov, yang bertanggungjawab dalam pembangunan ketenteraan, berkata Peresvet sudah digunakan secara meluas dan mampu ‘membutakan’ satelit sehingga 1,500 kilometer (km) di atas bumi.





Russia guna senjata laser baharu di Ukraine
Kapal selam nuklear Russia Yuri Dolgoruky menguji peluru berpandu Bulava – Gambar fail Kementerian Pertahanan Russia

Malah, katanya, sudah terdapat sistem senjata laser yang lebih berkuasa daripada Peresvet dan boleh membakar dron dan peralatan lain.

Ditanya sama ada senjata itu digunakan di Ukraine, Borisov berkata: “Ya, prototaip yang pertama sudah pun digunakan di sana, ia digelar sebagai Zadira”.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, secara sinis membandingkan laser itu dengan senjata ‘ajaib’ yang didedahkan Nazi Jerman dalam cubaan menghalang kekalahannya ketika Perang Dunia Kedua.





“Semakin jelas bahawa mereka (Russia) tidak mempunyai peluang dalam peperangan, lebih banyak propaganda mengenai senjata hebat bagi memastikan berlaku perubahan.

“Sekarang kita lihat dalam bulan ketiga perang berskala penuh ini, Russia cuba mencari ‘senjata ajaibnya’… ini jelas menunjukkan kegagalan penuh misi itu,” katanya.

Borisov bagaimanapun berkata beliau baharu saja pulang dari Sarov, yang juga pusat penyelidikan senjata nuklear Russia.

Katanya, generasi baharu senjata laser menggunakan jalur elektromagnet yang luas akan menggantikan senjata konvensional.

“Ini bukan idea eksotik, ini adalah realiti,” katanya. – REUTERS





Russia guna senjata laser baharu di Ukraine

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker