Sekali Lagi Muhyiddin Cuba Memerangkap UMNO

Sekali Lagi Muhyiddin Cuba Memerangkap UMNO

Sekali Lagi Muhyiddin Cuba Memerangkap UMNO

Seperti yang dilapurkan Astro Awani, memetik kenyataan yang dibuat oleh Presiden PPBM, Muhyiddin, PPBM tidak halang PAS untuk berkerjasama dengan UMNO.

Kedengaran sangat janggal apabila seorang yang mahu membunuh UMNO, seakan menyuruh sekutu kuatnya berkerjasama dengan musuh.

Sebenarnya ada muslihat tersembunyi yang merupakan perangkap cuba dilakukan Muhyiddin terhadap UMNO.





Apa akan terjadi kepada UMNO sekiranya terperangkap dengan jerat Muhyiddin.

Seandainya UMNO bersetuju untuk berkerjasama dengan PAS, dengan sendirinya atas alasan kerjasama, UMNO akan serahkan 3 negeri kepada PAS, sekutu kuat Muhyiddin.

PAS pasti akan menuntut kalau pun tidak semua, tetapi sebahagian besar kerusi DUN di negeri Kelantan, Terengganu dan juga Kedah.

Sedangkan angin perubahan sedang berlaku di ketiga-tiga negeri tersebut.

PAS juga akan meminta supaya BN/UMNO tidak meletakkan calon di kerusi parlimen di ketiga-tiga negeri tersebut.





Kedah mempunyai 15 kerusi parlimen, Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan Terengganu pula mempunyai 8 kerusi parlimen.

Jumlah keseluruhan kerusi parlimen di ketiga-tiga negeri tersebut ialah 37.

PAS pasti akan meminta sebahagian besar dari kerusi parlimen tersebut dan memastikan tidak berlaku pertembungan dengan BN/UMNO.

Persoalannya, apakah ada jaminan PAS akan membawa kesemua kerusi parlimen yang dimenangi ke dalam Muafakat Nasional?

Edisi Siasat yakin, kesemua kerusi DUN dan Parlimen yang PAS menangi akan dibawa ke dalam Perikatan Nasional dan UMNO akan dikhianati.





Yang terbaik bagi UMNO ialah sebelum PRU 15A, noktahkan sahaja kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

Sekiranya mahu juga berkerjasama, ianya boleh dilakukan selepas PRU 15 dengan syarat tidak ada PPBM dalam kerjasama politik yang baharu.

 

Sekali Lagi Muhyiddin Cuba Memerangkap UMNO

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker