Tembok kilang garam runtuh di India ragut 12 nyawa

Tembok kilang garam runtuh di India ragut 12 nyawa
Sekurang-kurangnya 12 individu terbunuh selepas tembok di sebuah kilang pembungkusan garam di Gujarat. – Foto AGENSI

Tembok kilang garam runtuh di India ragut 12 nyawa

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 12 individu terbunuh selepas tembok di sebuah kilang pembungkusan garam di Gujarat, runtuh hari ini.

Punca tembok setinggi 3.6 meter itu runtuh masih tidak jelas ketika ini, namun polis memaklumkan akan menyiasat pemilik premis berkenaan atas faktor kecuaian.

“Seramai 12 individu, merangkumi lima wanita dan tujuh lelaki maut dalam insiden itu. Seorang lagi individu yang cedera pula sedang dirawat,” kata superintendan polis, Rahul Tripathi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berasal dari Gujarat, menyifatkan insiden di kilang garam Sagar di kawasan perindustrian bandar Havald, sebagai tragedi yang amat memilukan.





“Dalam tempoh berkabung ketika ini, saya mendoakan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang. Semoga pihak yang cedera akan segera sembuh.

“Pihak berkuasa tempatan sedang memberikan segala bantuan yang termampu kepada mereka yang terkesan,” katanya menerusi Twitter.

Modi turut mengumumkan pemberian pampasan berjumlah 200,000 rupee (RM11,333) kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Insiden di kilang kerap dilaporkan di seluruh India, dengan pemilik premis kebiasaannya mengabaikan aspek keperluan asas keselamatan dan kerap beroperasi tanpa permit.

Minggu lalu, seramai 27 individu maut dalam kebakaran di sebuah premis komersial yang menghasilkan penghala Wi-Fi di New Delhi. – AFP





Tentera Israel bunuh warga Palestin di tembok Tebing Barat

Tembok kilang garam runtuh di India ragut 12 nyawa


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker