‘Usain Bolt Malaysia’ mohon maaf

'Usain Bolt Malaysia' mohon maaf
Azeem mohon maaf selepas penyertaannya dalam acara saringan kedua 100 meter Sukan SEA Hanoi dibatalkan.

‘Usain Bolt Malaysia’ mohon maaf

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memohon maaf susulan penyertaannya pada saringan acara 100 meter (m) lelaki di Stadium Nasional My Dinh, petang tadi dibatalkan.

Permohonan maaf itu dibuat Azeem yang diberi julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ menerusi media sosial Twitter dengan dia menulis: “im sorry Malaysia”.

Terdahulu, ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abd Jalil mengesahkan bahawa penyertaan Azeem dalam acara itu memang sah dibatalkan, sekali gus menyebabkan impian Malaysia meraih emas hatrik acara berkenaan tidak tercapai.

Beliau menjelaskan, tidak ada apa kontroversi mengenai insiden berkenaan seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen di media sosial kononnya pegawai perlumbaan tersalah membuat keputusan.





DISYORKAN UNTUK ANDA
Azeem kini fokus Terbuka Singapura selepas selesai SPM
‘Usain Bolt Malaysia’ tak gentar jumpa ‘Thai Wonderkid’
Poad mampu lahir lebih ramai atlet pecut Perak
‘Usain Bolt Malaysia’ ganti Russel
“Selepas dijelaskan pengadil dan juga pengarah teknikal dengan bukti, memang menunjukkan Azeem keluar lebih awal kerana kakinya tidak menjejak blok permulaan itu sebelum ataupun ketika tembakan pistol pelepasan.

“Tidak ada kontroversi, segala bukti sudah ditunjukkan oleh pihak juri, pengarah teknikal, pengadil sudah menunjukkan bukti yang jelas kepada saya.

“Pengurus pasukan, jurulatih pecut, jurulatih Poad (Md Kassim), jurulatih Balachandaran pun ada. Buat masa ini untuk Azeem memang rezeki dia setakat itu sahaja.

“InsyaAllah akan datang ada yang lebih baik untuknya,” kata Manshahar selepas tamat saingan riben biru sebentar tadi yang menyaksikan seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat menduduki tempat keenam pada aksi final.

Usain Bolt Malaysia’ ganti Russel





‘Usain Bolt Malaysia’ mohon maaf


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker