BN Sabah positif kerjasama dengan GRS

BN Sabah positif kerjasama dengan GRS

BN Sabah positif kerjasama dengan GRS

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah optimis dengan pembentukan jawatankuasa kerjasama solidariti bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang jalinan kerjasama demi kebaikan negeri Sabah.

“Secara prinsipnya, kita mengalu-alukan (pembentukan jawatankuasa kerjasama solidariti bersama GRS). Kita BN sentiasa positif.





“Kita memikirkan kepentingan rakyat negeri Sabah dan juga pembangunan itu yang penting.

“Sabah sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya.

“Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk kita memperkukuhkan kerajaan untuk memastikan rakyat Sabah juga berhak hidup dalam keadaan yang baik hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional Sabah bertempat di Magellan Sutera Harbour, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau ketika ditanya pemberita mengenai beberapa parti yang menyatakan secara terbuka untuk merebut kerusi tradisi BN, Bung Moktar sebaliknya menyifatkan ia adalah perkara biasa.





“Nanti kita bincang sebab memang adat berparti, semua parti ini yang mahu bertanding cuma kita akan tengok keadaannya. Sampai masanya kita akan putuskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembentukan jawatankuasa kerjasama solidariti dengan BN pada 10 Mei lalu.

Pihaknya turut mengumumkan penyertaan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sebagai parti komponen baharu dalam GRS.

Selain itu, GRS turut mempertimbangkan permohonan beberapa lagi parti lain untuk menyertai GRS, antara lain Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

UMNO Sabah akui pendaftaran GRS bawa kebaikan





BN Sabah positif kerjasama dengan GRS

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker