EU mahu bantu Ukraine guna aset beku oligarki Russia

EU mahu bantu Ukraine guna aset beku oligarki Russia
(Gambar fail – hiasan) EU sedang giat meneliti cara untuk menggunakan aset golongan oligarki Russia yang dibekukan, bagi membiayai pembinaan semula Ukraine selepas peperangan. – FOTO AFP

EU mahu bantu Ukraine guna aset beku oligarki Russia

BERLIN: Kesatuan Eropah (EU) sedang giat meneliti cara untuk menggunakan aset golongan oligarki Russia yang dibekukan, bagi membiayai pembinaan semula Ukraine selepas peperangan.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, berkata peguam blok itu kini berusaha secara intensif untuk mencari jalan berhubung perkara terbabit.

“Saya berpendapat Russia juga harus menyumbang (bagi pembinaan semula Ukraine),” katanya kepada saluran televisyen ZDF, semalam.

Kelmarin, suruhanjaya terbabit mengusulkan pinjaman mencecah sembilan bilion euro (kira-kira RM41.9 bilion) kepada Ukraine bagi membantu kelangsungan negara itu yang bergelut menangkis pencerobohan Russia dan mahu membina semula kemudahannya selepas peperangan.





Dalam pada itu, Von der Leyen berkata, beliau juga cenderung menggandingkan aspek pembinaan semula Ukraine bagi jangka panjang, dengan pembaharuan yang diperlukan untuk negara berkenaan menyertai EU.

Beliau menjelaskan, ada piawaian tertentu yang perlu dipenuhi untuk menjadi ahli EU, termasuk dari segi kedaulatan undang-undang, ekonomi dan politik.

“Proses penyertaan itu banyak bergantung pada tingkah laku dan tindakan negara calon.

“Ukraine mahu menyertai EU walau apapun, yang bermakna motivasi begitu besar untuk melakukan pembaharuan yang diperlukan.

“Kita akan perlu membiayai bersama pembinaan semula Ukraine. Adalah wajar menangani aspek pembaharuan pada masa sama, misalnya membanteras rasuah atau membina kedaulatan undang-undang,” katanya. – REUTERS





Zelenskiy gesa Switzerland sekat oligarki biayai perang Russia

EU mahu bantu Ukraine guna aset beku oligarki Russia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker