Feri bawa 800 penumpang yang terperangkap berjaya dibebaskan

Feri bawa 800 penumpang yang terperangkap berjaya dibebaskan
KM Sirimau dengan 784 penumpang dan 55 anak kapal, dibebaskan dari perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur tengah hari tadi. – Foto AGENSI

Feri bawa 800 penumpang yang terperangkap berjaya dibebaskan

MAUMERE: Pasukan penyelamat Indonesia hari ini berjaya membebaskan feri yang membawa lebih 800 penumpang selepas ia terkandas di perairan cetek dan kini sudah meneruskan semula perjalanannya.

Ketua Pangkalan Tentera Laut tempatan, Dwi Yoga, berkata KM Sirimau, dengan 784 penumpang dan 55 anak kapal, dibebaskan dari perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur tengah hari tadi.

“Dengan usaha berterusan, KM Sirimau yang terkandas selama dua hari dibebaskan pada jam 12 tengah hari Waktu Indonesia Tengah dan kini menuju ke pelabuhan terdekat di Lewoleba,” katanya.

Feri itu kemudiannya dibawa ke pelabuhan Lewoleba di pulau Lembata untuk pemeriksaan, sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Maumere di pulau Flores.





“Alhamdulillah, feri sudah bebas dan kami akan kembali ke Lewoleba. Kami hampir tiba sekarang,” kata seorang penumpang, Itha Tating menerusi perbualan telefon dengan wartawan.

Tating berkata, semua penumpang mula risau selepas terperangkap dalam feri selama berhari-hari, sambil memaklumkan seorang wanita panik kerana kehabisan susu formula untuk anaknya yang berusia lima bulan.

“Ombak sangat kuat pagi ini. Saya berasa takut dan sangat pening akibat mabuk laut,” katanya.

Anggota tentera naik ke atas feri pagi semalam untuk mengagihkan air dan makanan ringan untuk penumpang, termasuk kanak-kanak dan orang tua.

“Semua penumpang mula panik kerana mereka sudah terperangkap di atas feri selama lebih 24 jam,” kata Yoga.





Yoga berkata, usaha membebaskan feri akhirnya berjaya selepas bot tunda yang dihantar oleh syarikat perkapalan milik kerajaan, PT Pelni tiba untuk membantu sementara pasukan penyelamat menunggu sehingga air pasang sebelum mereka menunda feri.

Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, sebuah kepulauan dengan lebih 17,000 pulau, di mana penduduknya bergantung kepada feri dan bot untuk melakukan perjalanan, walaupun mempunyai piawaian keselamatan yang rendah.

Pada 2018, kira-kira 160 orang lemas apabila sebuah feri karam ke dalam salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera.

Selain itu, lebih 300 orang dikhuatiri lemas pada 2009 apabila sebuah feri karam antara Sulawesi dan Borneo. – AFP

Kru feri lemas





Feri bawa 800 penumpang yang terperangkap berjaya dibebaskan

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker