ISTERI KEDUA AMAR ASYRAF LEGA KINI SAH BERCERAI TALAK TIGA

HAMPIR 3 TAHUN 'GANTUNG TAK BERTALI'

ISTERI KEDUA AMAR ASYRAF LEGA KINI SAH BERCERAI TALAK TIGA

ISTERI KEDUA AMAR ASYRAF LEGA KINI SAH BERCERAI TALAK TIGA

Isteri kedua kepada pelakon, Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry meluahkan rasa lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini menemui titik noktah, setelah hampir tiga tahun dibiarkan ‘gantung tak bertali’.

Vivy turut bersyukur apabila pelakon itu akhirnya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik dan harmoni. Menurut Vivy, dia tidak bersedih atau kecewa dengan apa yang berlaku, sebaliknya fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka, Mikhail dengan sebaik mungkin.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami.





“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja. Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” katanya.

Iran sambung rundingan nuklear dengan kuasa besar





ISTERI KEDUA AMAR ASYRAF LEGA KINI SAH BERCERAI TALAK TIGA

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker