Korea Utara dakwa catat ‘pencapaian baik’ perangi COVID-19

Korea Utara dakwa catat 'pencapaian baik' perangi COVID-19
Gambar dikeluarkan KCNA menunjukkan seorang penduduk di Pyongyang diperiksa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Korea Utara. – FOTO AFP

Korea Utara dakwa catat ‘pencapaian baik’ perangi COVID-19

SEOUL: Korea Utara mendakwa sedang mencatat ‘pencapaian baik’ dalam usaha memerangi penularan COVID-19, meskipun jumlah individu mengalami gejala demam di negara itu kini melepasi dua juta orang.

Menurut laporan media negara itu, KCNA, hari ini, seramai 263,370 lagi individu mengalami gejala demam, dengan dua kematian baharu direkodkan.

Ia gus menjadikan jumlah kes demam mencecah 2.24 juta termasuk 65 kematian, setakat semalam, selepas Korea Utara mengesahkan jangkitan pertama COVID-19 pada Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan berapa daripada jumlah kes terbabit diuji positif virus berkenaan.





Walaupun jumlah individu bergejala meningkat, Korea Utara memaklumkan, aktiviti pertanian tetap berjalan dan kilang masih beroperasi, malah negara itu juga sedang merancang majlis pengebumian untuk seorang bekas jeneral.

“Biarpun berada dalam situasi pencegahan epidemik kecemasan maksimum, operasi kilang dikekalkan seperti biasa bagi sektor industri utama, dan projek pembinaan berskala besar berjalan tanpa gangguan.

“Keputusan baik dilaporkan berterusan dalam perang melawan epidemik ini,” lapor KCNA.

Sebelum ini, agensi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan buruk terhadap 25 juta penduduk Korea Utara, berikutan jumlah pesakit yang meningkat dan isu kekurangan sumber perubatan dan vaksin di negara itu.

Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula bimbang bahawa penularan yang tidak dikesan dengan pemeriksaan sewajarnya, berisiko menyumbang kepada kewujudan varian baharu yang lebih berbahaya.





Kelmarin, Korea Utara memaklumkan bahawa penularan virus di negara itu kini bergerak ke arah situasi lebih baik, namun Korea Selatan mendakwa sukar untuk membuat kesimpulan kerana tidak jelas bagaimana Korea Utara mengira jumlah individu yang demam dan positif COVID-19.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan bantuan kepada Korea Utara untuk memerangi COVID-19, namun belum menerima maklum balas, setakat ini, kata timbalan penasihat keselamatan kebangsaan Korea Selatan, kelmarin. – REUTERS

‘Pencapaian yang hebat’

Korea Utara dakwa catat ‘pencapaian baik’ perangi COVID-19


​Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 





PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker