Lebih ramai pejuang Ukraine menyerah di Mariupol

Lebih ramai pejuang Ukraine menyerah di Mariupol
Anggota tentera Ukraine di kilang besi Azovstal di Mariupol yang menjadi tawanan perang tentera Russia bersedia untuk dipindahkan. – Foto REUTERS

Lebih ramai pejuang Ukraine menyerah di Mariupol

KYIV: Hampir 700 lagi tentera Ukraine menyerah diri di bandar Mariupol yang kini dikuasai Russia.

Ukraine mengarahkan pasukan tenteranya di Mariupol untuk berundur, namun hasil pertempuran berdarah di Eropah dalam tempoh beberapa dekad lalu itu masih tidak dapat diselesaikan.

Komander tertinggi pejuang Ukraine yang membuat pertahanan terakhir di loji besi Azovstal di bandar pelabuhan masih berada di sana, namun pegawai Ukraine enggan mengulas mengenai nasib pejuangnya.

Ukraine mengesahkan lebih 250 pejuang menyerah diri tetapi tidak menyatakan berapa ramai masih berada di dalam kawasan dikuasai Russia.





Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia berkata sejumlah 265 militan Ukraine termasuk 51 yang cedera parah, menyerah diri kepada tentera Russia.

Selain itu, 694 lagi anggota Ukraine turut menyerah diri, menjadikan jumlah keseluruhan 959 tawanan tentera Ukraine.

Kementerian Pertahanan Russia turut memuat naik video menunjukkan pejuang Ukraine menerima rawatan selepas menyerah diri di Azovstal.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata lebih enam juta pelarian sudah meninggalkan Ukraine selain 7.7 juta lagi penduduk Ukraine kehilangan tempat tinggal. – REUTERS

Aaron-Wooi Yik tidak akan menyerah kalah





Lebih ramai pejuang Ukraine menyerah di Mariupol

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker