Maut tersepit mesin kilang simen

Maut tersepit mesin kilang simen
Foto hiasan

Maut tersepit mesin kilang simen

IPOH: Seorang juruteknik mekanikal maut dipercayai tersepit pada mesin konveyor di sebuah kilang simen di Gopeng dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias, berkata insiden dilaporkan ketika mangsa diarah bersiap siaga di kawasan ‘coal conveyor belt’ sebelum memulakan kerja penyelenggaraan pada jam 9.55 pagi.

Katanya, Muhammad Hilmi Badrul Hisham, 19, ditemukan dalam keadaan tersepit pada bahagian ‘tail drum conveyor’ oleh rakan sekerjanya.

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kampar sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





Susulan itu, pihaknya menyita dan mengeluarkan larangan kacau ganggu terhadap jalur sistem konveyor berkenaan hingga siasatan lanjut serta tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.

Katanya, JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak bertanggungjawab jika melanggar peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. – BERNAMA

Dua pemuda maut tersepit dalam kereta

Maut tersepit mesin kilang simen


​Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 





PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker