Nur Aisyah sambar gangsa kriterium wanita

Nur Aisyah sambar gangsa kriterium wanita
Pelumba negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih gangsa. – Foto ihsan FB Majlis Sukan Negara.

Nur Aisyah sambar gangsa kriterium wanita

HANOI: Pelumba negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih gangsa dalam acara kriterium wanita, namun harapan emas daripada acara lelaki tidak kesampaian pada Sukan SEA 2021, hari ini.

Aisyah menduduki tempat ketiga di belakang pemenang pingat perak, Nguyen Thi That dari Vietnam dan Jutatip Maneephan dari Thailand yang meraih emas dalam masa 46 minit dan 39 saat.

Kriterium wanita menempuh jarak sejauh 29.6km dengan acara lebuh raya berlangsung di Hoa Binh, yang terletak kira-kira 70km dari Hanoi.

Aisyah menjelaskan bahawa dia gembira apabila berjaya menyumbang kepada jumlah pungutan pingat kontinjen negara.





“Saya bersyukur strategi kami berjaya hari ini dan kami mampu meraih pingat,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.

“Sejujurnya kami tidak menjangkakan untuk menamatkan saingan di podium kerana kami berdepan beberapa pelumba yang sangat kuat. Tetapi berkat kerja keras semua pelumba dalam pasukan, kami dapat melakukannya.”

Acara lelaki menyaksikan hampir semua negara lain menentang Malaysia kerana Harrif Saleh adalah pilihan utama untuk memenangi kriterium lelaki. Emas bagaimanapun menjadi milik pelumba tuan rumah, Quang Van Cuong dengan catatan masa 56 minit dan 13 saat.

Sarawut Sirironnachai dari Thailand dan Yeo Boon Kiak dari Singapura pula meraih perak dan gangsa.

Verstappen sambar petak pertama GP Abu Dhabi





Nur Aisyah sambar gangsa kriterium wanita


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker