Pemain United minta batal majlis anugerah

Pemain United minta batal majlis anugerah
Bruno Fernandes (kanan) memenangi anugerah pemain terbaik United, yang dinamakan sempena legenda kelab Matt Busby, untuk dua musim lalu. – Foto AGENSI

Pemain United minta batal majlis anugerah

MANCHESTER: Manchester United dilapor membatalkan majlis anugerah penutup musim mereka susulan permintaan pemain-pemainnya yang kecewa dengan persembahan pasukan pada kempen kali ini.

United bakal menamatkan musim Liga Perdana Inggeris dengan kutipan mata terendah mereka dalam sejarah liga berkenaan, walaupun ditambah tiga mata lagi sekiranya berjaya menewaskan Crystal Palace Ahad ini.

Kemuncak memalukan United musim ini ialah tewas 4-0 di tangan Brighton and Hove Albion pada 7 Mei.

Sejak sedekad lalu, United mengadakan majlis anugerah di akhir musim bagi meraikan kejayaan pemain-pemain, namun tahun ini acara yang dijadualkan akan berlangsung di Old Trafford itu dibatalkan.





Pemain-pemain dilaporkan meminta kelab untuk tidak mengadakan majlis berkenaan kerana malu dengan prestasi pasukan sepanjang musim.

Bruno Fernandes memenangi anugerah pemain terbaik United, yang dinamakan sempena legenda kelab Matt Busby, untuk dua musim lalu.

United tidak layak ke Liga Juara-Juara dan mungkin terlepas peluang ke Liga Europa sekiranya tewas di Selhurst Park pada perlawanan terakhir Ahad ini.

Mereka juga tersingkir di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini dan dimalukan oleh kelab divisyen dua Middlesbrough pada pusingan keempat Piala FA.

United memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November selepas kekalahan 4-1 kepada Watford, dan menggantikannya dengan pengendali sementara Ralf Rangnick.





Pengendali dari Jerman itu juga gagal mengubah nasib United dan Erik ten Hag bakal membimbing kelab itu musim depan untuk tempoh tiga tahun. – AGENSI

2 pemain Tottenham dilapor positif COVID-19

Pemain United minta batal majlis anugerah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker