Skuad memanah negara tak mengecewakan di Hanoi

Skuad memanah negara tak mengecewakan di Hanoi
Aksi atlet memanah berpasukan negara, Wong Co Wan (kanan), Juwaidi Mazuki (kiri) dan Alang Arif Ghazali ketika menentang Indonesia dalam acara akhir compound berpasukan pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Skuad memanah negara tak mengecewakan di Hanoi

HANOI: Skuad memanah compound negara tidak mengecewakan selepas menghadiahkan dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa pada hari terakhir pertandingan di temasya Sukan SEA 2021 di sini, hari ini.

Gandingan berpengalaman compund negara, Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh meraih pingat emas ketiga mereka dalam Sukan SEA menerusi acara berpasukan campuran.

Mereka mengungguli aksi final dengan catatan 151-150 (37-36, 38-39, 38-37, 38-38) sekali gus melakar kemenangan ke atas gandingan dari Filipina, Jennifer Dy Chan-Paul Marton Santos Dela Cruz.

Gangsa menjadi milik Thailand yang mengetepikan Vietnam menerusi keputusan 154-153.





“Final yang begitu sengit, kami hanya memenanginya dengan satu mata. Mungkin ini rezeki kami untuk menang pada hari ini (semalam),” kata Fatin.

“Panahan saya tidak begitu baik pada hari ini tetapi memasuki panahan terakhir, saya bertekad untuk memberikan yang terbaik demi negara.

“Syukurlah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Juwaidi kerana tanpa dia, kami tidak akan mara sehingga ke final.

“Ini pingat emas ketiga kami dalam acara berpasukan campuran.”

Gandingan itu sebelum ini berjaya menyambar pingat emas dalam acara berpasukan campuran pada temasya 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur.





Fatin turut membantu skuad wanita yang turut dibarisi Iman Aisyah Norazam and P Kayalvhily memenangi pingat gangsa selepas menundukkan Filipina 227-224.

Juwaidi pula merangkul emas dalam acara individu lelaki dengan mengetepikan Sirapop Chainak 147-42 (30-26, 30-28, 30-30, 28-29, 29-29) dari Thailand di pentas akhir.

Seorang lagi pemanah negara, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazali memenangi gangsa menerusi kemenangan 146-143 ke atas Van Day Nguyen.

Juwaidi jelas berpuas hati selepas meraih gelaran individu pertamanya di Sukan SEA.

“Saya tahu amat penting untuk memenangi pingat emas pertama menerusi acara berpasukan campuran bagi mengurangkan tekanan pada final individu.





“Saya lebih yakin untuk memasuki pertandingan dan saya gembira kerana memenangi pingat individu pada penampilan kelima di Sukan SEA.”

Terdahulu, Juwaidi, Alang Ariff dan Wong Co Wan menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan lelaki selepas tewas 230-229 di tangan Indonesia pada aksi final.

Pingat gangsa bagi acara berpasukan lelaki menjadi milik Filipina yang mengecewakan Thailand dengan keputusan 231-229.

Fatin impi emas penampilan terakhir Sukan SEA





Skuad memanah negara tak mengecewakan di Hanoi


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker