Tujuh rumah musnah terbakar

Tujuh rumah musnah terbakar
Tujuh rumah termasuk sebuah rumah panjang musnah terbakar di Kampung Salong, Nabawan semalam. – Foto ihsan Bomba

Tujuh rumah musnah terbakar

NABAWAN: Tujuh rumah termasuk sebuah rumah panjang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Salong, di sini, semalam.

Kebakaran pada jam 6.30 petang itu membabitkan rumah jenis tidak kekal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.





“Kawasan kejadian tidak mempunyai jaringan talian telekomunikasi dan pasukan bomba juga terpaksa menaiki bot untuk sampai ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi membuat pengesahan kebakaran dan semua rumah terbabit musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 10.04 malam tadi.

Dua rumah terbakar, dua keluarga terselamat





Tujuh rumah musnah terbakar


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker