Uztaz Kazim mohon bantuan pengubat sihir peluru katak

Uztaz Kazim mohon bantuan pengubat sihir peluru katak
Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim menafikan dia melakukan gimik atau strategi pemasaran untuk filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim apabila memuat naik gambar muka dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial yang didakwa akibat perbuatan sihir.

Uztaz Kazim mohon bantuan pengubat sihir peluru katak

KUALA LUMPUR: Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim menafikan dia melakukan gimik atau strategi pemasaran untuk filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim apabila memuat naik gambar muka dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial yang didakwa akibat perbuatan sihir.

Kazim ketika dihubungi berkata, dia tidak perlukan gimik sebegitu untuk memasarkan diri atau mempromosikan filem.

“Itu adalah keadaan diri saya ketika ini dan saya memohon mereka yang mempunyai ilmu mengubati sihir peluru katak untuk bergabung tenaga membantu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kazim, dia memilih untuk tidak lagi berselindung mengenai penyakit misteri yang dialami sejak lapan bulan lalu itu.





Katanya, ia merebak selepas dia menjalani pembedahan pada kakinya.

“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu. Saya rasa rendah diri sangat-sangat dan sebab itu saya siarkan gambar lengan itu sebagai kiasan pada badan saya.

“Saya perlukan pertolongan daripada sesiapa, baik doktor atau perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lalu. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Malah, saya juga terpaksa menahan kencing bagi menjaga wuduk sekiranya menjayakan mana-mana program dakwah. Apa yang saya alami seolah-olah memberikan saya kurang keyakinan untuk keluar rumah,” katanya.

Katanya, dia enggan menyimpan keadaan dirinya lagi selepas berjumpa tujuh doktor dan menjalani pelbagai rawatan moden serta tradisional.





“Saya sendiri tidak tahu hendak berubat di mana kerana pelbagai inisiatif sudah diambil. Jadi saya memohon kepada mereka di luar sana untuk membantu saya,” katanya.

Kazim berkata, pengarah filem Zim Zim Ala Kazim iaitu Mawi menggunakan medium filem bagi menggambarkan keadaan yang dihadapi Kazim ketika ini.

“Ia adalah filem mengenai saya dan turut menggunakan kesan khas bagi menjadikan kulit saya buruk. Kita mengambil jurusolek khas seolah-olah menggambarkan keadaan kulit saya ketika ini,” katanya.

USTAZ KAZIM DAKWA KENA SIHIR





Uztaz Kazim mohon bantuan pengubat sihir peluru katak

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 

PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker