Wajah Siti Nurhaliza hiasi New York Times Square

Wajah Siti Nurhaliza hiasi New York Times Square
Siti Nurhaliza mengharapkan kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak gadis agar terus berusaha dan tidak berhenti mengejar impian.

Wajah Siti Nurhaliza hiasi New York Times Square

KUALA LUMPUR: Selepas wajah Yuna, Layla, Sania, Dolla, Iman Troye dan Vanessa Reynauld, kini tiba pula giliran wajah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Penampilan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Equal adalah program peringkat global oleh Spotify yang memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis wanita daripada seluruh dunia.

Meluahkan kesyukuran atas penghormatan itu, Siti berkata, kemunculan wajahnya di papan iklan terkenal itu adalah satu pengalaman paling indah selepas lebih 25 tahun menimba pengalaman dalam bidang seni.





“Alhamdulillah, saya bersyukur atas penghormatan ini. Melihat wajah terpampang di salah satu lokasi popular dunia umpama mimpi menjadi nyata.


​Disyorkan Untuk Anda :


“Saya teramat bersyukur diberikan peluang seperti beberapa penyanyi tempatan lain yang terlebih dahulu mendapat kesempatan ini,” katanya.
Wajah Siti Nurhaliza hiasi New York Times Square
Siti Nurhaliza menyifatkan melihat wajah terpampang di salah satu lokasi popular dunia umpama mimpi menjadi nyata.

Siti berkata, dia akan terus memenuhi harapan peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya hebat.

“Saya berharap ini akan menjadi inspirasi kepada ramai anak gadis agar terus berusaha dan tidak berhenti mengejar impian.

“Siapa sangka gadis berasal dari pekan kecil seperti saya dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Saya pasti, siapa pun boleh mengecap kejayaan jika tidak berhenti berusaha,” katanya.





Sebanyak 35 senarai lagu Equal membabitkan artis daripada 50 negara. Siti Nurhaliza adalah salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura.

Selain itu, terdapat juga senarai Lagu Terbaik Global Equal yang menyenaraikan penyanyi Equal mewakili muzik dari artis sejagat seluruh dunia.

DOLLA PULA MUNCUL DI PAPAN IKLAN TIMES SQUARE NEW YORK

Wajah Siti Nurhaliza hiasi New York Times Square


​Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

 





PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker