Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan perintah tahanan rumah

Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan perintah tahanan rumah
LONDON: Bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Al-Hussein, dikenakan perintah tahanan rumah, sekali gus mengehadkan pergerakan dan komunikasinya.
Menerusi surat yang disiarkan semalam, Raja Jordan, Raja Abdullah, bertitah baginda tidak akan membenarkan sesiapa meletakkan kepentingan peribadi mengatasi negara termasuk adindanya sendiri.
Baginda bertitah, tindakannya itu diambil selepas mendapat nasihat daripada majlis yang ditubuhkan berdasarkan Undang-Undang Keluarga Diraja bagi memulihkan sejarah gelap Jordan serta keluarga baginda.
Titahnya, Putera Hamzah ternyata tidak akan berubah selepas setahun diberi peluang untuk kembali ke landasan yang sebenar, sejajar dengan legasi keluarga.
Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan perintah tahanan rumah
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…