Bukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam

Bukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam

Bukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman terhadap satu ciapan di Twitter yang dilihat mampu menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik kelmarin.

Katanya, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.





“Ia kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.
43 ditahan mencuri ketika banjir

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Jalil berkata, orang ramai dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Malah orang ramai dinasihati agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan plaform itu untuk menyebarkan maklumat yang boleh mendatangkam kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.





SHAHROL BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Bukit Aman siasat ciapan gugat ketenteraman awam


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker