Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini

Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini
ISTANBUL: Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia, Eren Gunhan Ulusoy, berkata semua institusi antarabangsa bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, hakikat itu antara lain diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ulusoy berkata demikian memetik laporan antarabangsa bahawa 811 juta orang kekurangan zat makanan dan 276 juta hidup dalam kedaifan, ketika berucap pada persidangan antarabangsa membabitkan kumpulan itu di Istanbul, lapor Agensi Anadolu.
“Setiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian,” katanya.
Acara empat hari bermula Khamis lalu dengan pameran itu, akan memberi tumpuan kepada beberapa topik, termasuk pengeluaran bijirin peringkat global, isu perdagangan dan operasi pengilang.
“Pengilang mesti berusaha untuk melindungi setiap gram bahan mentah.
“Sekiranya gangguan rantaian bekalan disebabkan krisis di Ukraine gagal diselesaikan, 47 juta lagi orang akan berdepan ancaman kemiskinan, katanya.
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Russia di negara itu.
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok gandum dunia akan berkurangan sebanyak 12 juta tan metrik.
Beliau berkata Ukraine menaikkan stok gandum daripada sejuta kepada 6 juta tan tahun ini serta menegaskan India bersedia memenuhi defisit gandum tetapi selepas peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara itu turut menghentikan eksport gandum buat masa ini. – BERNAMA
Dunia berdepan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.