Guna duit kawan kemudian buat cerita disamun

Guna duit kawan kemudian buat cerita disamun
Superintendan Zaiham Mohd Kahar

Guna duit kawan kemudian buat cerita disamun

BENTONG: Tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas menggunakan wang rakan, seorang wanita membuat laporan polis palsu mendakwa dia disamun pagi semalam.

Wanita tempatan berusia 28 tahun itu kemudian cuba menarik balik laporan yang dibuat tetapi polis kemudian membuat laporan polis terhadapnya menyebabkan dia disiasat mengikut Seksyen 182, Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita terbabit membuat laporan palsu bahawa beliau disamun oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada jam 8 pagi semalam di hadapan sebuah gerai menghala ke Desa Damai.

Wanita itu mendakwa, ketika hendak pulang ke rumahnya, setelah menghantar anaknya ke sekolah beliau telah ditahan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan telah mengambil wang tunai sebanyak RM380 miliknya.





“Namun begitu, pada jam 7 malam, wanita terbabit datang semula ke balai polis untuk menarik balik laporan yang dibuat pagi itu.

“Bagaimanapun setelah disoal siasat wanita itu mengaku telah mereka cerita dia disamun kerana dia telah menggunakan duit rakannya,” katanya.

Katanya jika didapati bersalah, wanita itu boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM 2000 atau keduanya sekali.

Guru wanita diikat kaki, tangan sebelum disamun





Guna duit kawan kemudian buat cerita disamun


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker