Hati berdebar selepas temui selipar ayah

Hati berdebar selepas temui selipar ayah
Mayat Ahmad Qarib yang ditemui pemancing petang tadi, dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut -NSTP/ ROSLI ILHAM

Hati berdebar selepas temui selipar ayah

CHUKAI: “Hati saya mula berdebar selepas menemui selipar mereka ada di tepi pantai. Kami adik-beradik mencari ayah sekitar kawasan itu, namun tidak menemuinya dan keadaan itu menyebabkan kami syak mereka mandi di situ,” kata Muhammad Usaamah Ahmad Qarib,19, selepas ibu dan ayahnya dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, pagi tadi.

Bagaimanapun, sangkaan Muhammad Usaamah itu benar-benar berlaku selepas mayat ayahnya, Ahmad Qarib Ab Kadir,60, ditemui kira-kira jam 2.10 petang.

Ahmad Qarib bersama isterinya, Rokiah Abd Rahman,59, dari Temerloh Pahang, dikatakan mandi di pantai itu pada kira-kira jam 4 pagi.

Muhammad Usaamah, berkata dia bersama kedua-dua ibu bapa dan tiga adik-beradiknya berusia di antara 24 hingga 16 tahun datang bercuti di situ.





“Ibu dan ayah turun ke pantai yang jaraknya hanya kira-kira 40 meter dari tempat kami menginap pada jam 4 pagi.

“Apabila saya dan adik-beradik bangun pada jam 5 pagi, kami dapati mereka (ayah dan ibu) sudah tiada,” katanya.

Katanya, dia kemudian turun ke pantai mencari kedua ibu bapanya, namun gagal menemui mereka.

“Ayah dan ibu memang selalu mandi sebelum waktu Subuh dan saya mencari mereka di pantai kerana mereka ada beritahu nak mandi pantai.

“Saya temui selipar dan tikar di tepi pantai, itu saya syak mereka mandi di situ dan selepas gagal mencari mereka, saya segera menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan,” katanya.





Muhammad Usaamah berkata, dia tidak menyangka percutian mereka sekeluarga di pantai itu berakhir tragedi.

Sementara itu, Mohd Shahrul Hisyam Nawawi,30, berkata dia menemui suatu objek menyerupai manusia ketika memancing pada kira-kira jam 2 petang.

Katanya, sebelum itu dia bersama seorang rakan memancing di atas bot gentian kaca kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Ketika bot bergerak untuk beralih ke kawasan lain, saya ternampak objek seperti manusia sebelum meminta rakan memusingkan bot.

“Sebaik sampai, saya dapati mayat seorang lelaki berpakaian kameja -t dengan kain pelikat sebelum saya menghubungi pihak berkuasa,” katanya.





ALMY NADIA DIPUJI SEMPOI PAKAI T-SHIRT & SELIPAR

Hati berdebar selepas temui selipar ayah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker