KPDNHEP KL sita barangan tiruan bernilai lebih RM1 juta di Jalan Kenanga

KPDNHEP KL sita barangan tiruan bernilai lebih RM1 juta di Jalan Kenanga
KUALA LUMPUR: Sebanyak 43,929 barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1,072,750 disita di empat stor di sebuah pusat pemborong terkemuka di Jalan Kenanga di sini dalam operasi membanteras penjualan barang tiruan, Selasa lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin, berkata seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang juga pemilik serta pekerja stor turut ditahan dalam serbuan itu.
“Hasil maklumat mendapati pemilik premis menjual barangan tiruan secara dalam talian dan mereka juga mempunyai kedai borong yang hanya akan menjual kepada pelanggan tetap untuk mengelak barangan dihidu pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 untuk setiap barangan bagi kesalahan pertama serta RM30,000 bagi setiap barangan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
Katanya, sejumlah 89 pegawai penguat kuasa KPDNHEP KL digerak untuk memantau harga barangan di semua premis perniagaan bagi memastikan harga jualan tidak melampau dan bekalan sentiasa mencukupi.
Beliau menasihati orang ramai supaya membuat aduan kepada KPDNHEP jika mendapati harga sesuatu barangan melambung tinggi bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.– BERNAMA
Itali sita kapal layar mewah dikaitkan dengan Putin
KPDNHEP KL sita barangan tiruan bernilai lebih RM1 juta di Jalan Kenanga
Disyorkan Untuk Anda :
- Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?
- Siapa Wanita Yang Di Katakan Isteri Baru Najib Dan Siapa Suami Beliau Sebenarnya?
- PH: Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Memalukan, Don’t Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia