Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?

Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?

Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?

Kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam amat memeranjatkan kita semua.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa antara individu berprofil tinggi yang menerima wang dari UKSB adalah KJ.

Dan ianya tercatat dengan jelas di dalam buku lejar syarikat berkenaan.





Persoalannya sekarang, siapakah yang dimaksudkan dengan ‘KJ’ seperti yang tercatat dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Apabila kenyataan ini terdedah, persepsi orang ramai mengenai ‘KJ’ pasti menjurus kepada Menteri Kesihatan sekarang, Khairy Jamaluddin.

Persepsi orang ramai ini berasas kerana:

  • Khairy sememangnya lebih dikenali sebagai KJ
  • Apabila dinyatakan individu berprofil tinggi maka ianya bertepatan dengan KJ yang ketika itu adalah Menteri Belia & Sukan

Walau bagaimanapun, ketiak pemeriksaan balas pihak pembelaan, Harry Lee seakan cuba melindungi identiti sebenar KJ dengan mengatakan tidak pasti.

Adalah sangat janggal apabila sebuah syarikat memberikan wang dengan jumlah yang agak besar kepada seorang yang tidak dapat dipastikan identitinya.





Apakah sebenarnya yang cuba dilindungi oleh saksi pendakwaan ke 15 itu?

Persoalan yang lebih besar, apakah pihak berkuasa yang melakukan siasatan terhadap kes rasuah DS Zahid terlepas pandang apa yang tercatat dalam buku lejar syarikat itu?

Sudahkah pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap individu yang berprofil tinggi yang bernama KJ itu?

Perkara ini penting kerana nama KJ tercatat di dalam buku lejar syarikat berkenaan sebagai penerima wang yang tidak jelas maksudnya.

Apakah pemberian wang itu mempunyai unsur rasuah?





Sudahkah siasatan menyeleruh secara terperinci dilakukan sebelum pendakwaan dibuat?

Atau siasatan hanya terarah kepada untuk mewujudkan bukti bahawa DS Zahid Hamidi bersalah?

 

Mengapa KJ Tidak Di Siasat Dalam Kes Zahid Hamidi?

 

Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker