Minta maaf Malaysia

Minta maaf Malaysia
Beregu Malaysia meraih perak selepas tewas kepada Indonesia pada aksi final. – Foto ihsan FB PSM.

Minta maaf Malaysia

HANOI: “Minta maaf Malaysia”. Itulah kata yang mampu diungkapkan pemain sepak takraw lelaki negara, selepas mereka terlepas peluang keemasan mencipta sejarah meraih emas dalam acara beregu di Gimnasium Hoang Mai, semalam.

Pasukan dibarisi Aidil Azman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin serta Afifudin Mohd Razali sangat hampir membutirkan emas sulung sepak takraw di Sukan SEA 2021 selepas aksi berlangsung sengit ketika menentang Indonesia di final terutama di set penentuan.

“Apa pun saya sangat bersyukur kerana Allah sudah atur. Kami hanya dapat meraih perak dalam acara beregu. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kami. Saya tidak tahu hendak cakap apa, rezeki tidak memihak kepada kami.

“Keadaan agak huru-hara (set penentuan) memang hendak dapat mata pun susah untuk kedua-dua pasukan, minta maaf kerana tidak dapatkan emas buat negara,” kata Noraizat.





Ditanya sama ada mereka terlepas peluang sangat terbuka untuk meraih emas selepas ketiadaan Thailand, Noraizat mengakui jika ada negara berkenaan sekali pun peluang tetap terbuka kepada semua.

“Ini adalah acara yang melakukan servis dari belakang, semua negara mempunyai tahap kekuatan yang sama, hanya perlu memperkuatkan diri dari segi pertahanan dan mental.

“Tidak ada masalah dari segi permainan, cuma kami ada buat beberapa kesilapan, rezeki hanya setakat ini saja. Insyallah pada masa akan datang kami akan cuba lagi,” katanya.

Pemain yang beraksi di posisi perejam itu juga berasa bangga kerana kali ini dia diberi kepercayaan untuk beraksi penuh dalam acara berpasukan, antara regu dan beregu.

“Sebelum ini di Sukan Asia (2018) saya hanya berada di belakang saja (simpanan) tapi saya bangga diberi kepercayaan dan sangat menghargainya,” kata Noraizat atau dikenali dengan nama gelaran, ‘bangau’.





Skuad sepak takraw lelaki negara mengakhiri kempen di Sukan SEA dengan meraih tiga perak termasuk dalam acara berpasukan dan antara regu selepas tumpas kepada gergasi dunia, Thailand.

Skuad sepak takraw berjaya pertahan perak

Minta maaf Malaysia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

 

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker