Ops Carilamat nelayan warga emas jatuh laut dihenti

Ops Carilamat nelayan warga emas jatuh laut dihenti
Bot yang dinaiki mangsa untuk keluar mencandat. – NSTP/Ihsan APMM

Ops Carilamat nelayan warga emas jatuh laut dihenti

KUALA TERENGGANU: Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) nelayan warga emas, Tuan Razali Wok, 74, yang dilaporkan hilang di perairan Chendering pada Isnin lalu dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menamatkan operasi itu, pada jam 7 malam ini.

“Kita menggerakkan Ops Carilamat sebaik menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa dan sehingga hari ini iaitu hari kelima operasi ditamatkan berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, APMM Terengganu bersama MRSC Kuantan mengkoordinasikan operasi bersama pelbagai agensi membabitkan aset Jabatan Laut di samping pembabitan hampir 20 bot nelayan tempatan dengan keseluruhan kawasan pencarian menjangkau 179.19 batu nautika persegi merangkumi perairan Pulau Chendering, di sini.





Bagaimanapun, katanya, usaha carilamat akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu.

Muhammad Suffi berkata, mangsa disedari hilang ketika dalam perjalanan pulang mencandat sotong oleh rakan dalam lingkungan kira-kira empat batu nautika dari Kuala Chendering ketika bot memasuki Jeti Pelabuhan Chendering, jam 5.30 pagi.

Dalam kejadian Isnin lalu, Tuan Razali dikatakan keluar mencandat sotong bersama dua rakan jam 2.30 petang pada Ahad sebelum pulang pada keesokannya.

Difahamkan, kesukaran mengenal pasti lokasi sebenar mangsa terjatuh menyebabkan usaha mencari dan menyelamat mangsa menghadapi sedikit kesukaran.

Sementara itu, anak lelaki tunggal mangsa, Tuan Romzi, 51, berkata dia mengucapkan terima kasih dan menghargai usaha APMM dan Jabatan Perikanan mencari bapanya selama lima hari meskipun sehingga kini gagal ditemui.





“Saya dan rakan nelayan akan terus mencari bapa sehingga dia ditemui,” katanya.

Aktiviti mendaki Gunung Suku dihenti sementara

Ops Carilamat nelayan warga emas jatuh laut dihenti


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Pemansuhan AP Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker